Sunday 9 December 2012

Umurnya 4 tahun, saya belajar cara menjadi insan baik daripadanya.

Biasanya, budak berumur 4 tahun akan bermain dengan kawan-kawannya.

"Complain" memang satu kejadian yang selalu dilihat di tadika. Sekiranya seorang budak mula 'complain', budak-budak yang lain akan beratur macam satu kereta api, complain non-stop. 

Kadang-kala, cikgu mestilah memikirkan cara yang paling baik untuk menenangkan hati kedua-dua pihak, supaya mereka tidak rasa cikgu akan pilih kasih. 

Terdapat sesetengah budak yang mahu complain bagi mendapatkan 'pelukan atau hugging' daripada cikgu. They are so comel, kan.

Satu budak menjadi Kapten untuk complain, yang lain akan beratur, tunggu giliran untuk complain.

Seorang budak perempuan yang berumur 4 tahun telah menyedarkan saya. Walaupun dia baru pergi ke tadika tersebut pada bulan September, dia dapat menyesuaikan diri dengan baik.

Ada 3 kejadian yang saya memang akan ingati buat selama-lamanya.

1. Joyce tidak ejek kawan-kawan
Pada suatu hari, kawannya telah menggunting rambut 'botak'. Banyak budak-budak mengejek budak lelaki itu sampat dia menangis.

Tetapi, Joycelyn *yes, namanya Jocelyn, nama saya Jocelyn*
tanya: "Eadric, kamu sudah gunting rambut?"

Lepas itu, Joyce terus cakap: "Marilah kita bermain"

2. Joyce tidak suka makan sandwich, tetapi dia makan 2 keping
Pada bulan lepas, sekolah menyediakan sandwich bread.

Joyce tidak suka makan langsung. Budak di sebelahnya juga tidak suka makan. Namun, Joyce terus makan sampai habis. Yang paling menarik ialah, dia mintak roti kedua.

Kenapa dia makan lagi? Dia cakap: "Saya tidak mahu rasa lapar."

3. Joyce terlalu suka membantu orang
Budak-budak ada peperiksaan akhir tahun.

Seorang budak yang duduk di sebelah Joyce menghadapi masalah untuk menjawab soalan yang dikehendaki. Joyce nampak situasi tersebut dan mula mengajarnya. Dia mahu bagi jawapannya.

Saya sebagai guru pun explain: "Joyce, you can help her anytime, but not during exam time, ok?"


Saya rasa amat bersyukur kerana saya dapat berjumpa dengannya.
Joycelyn telah banyak mengajar saya tentang cara menjadi insan yang baik.
 



2 comments:

  1. joyce seorang yang baik..suka bantu orang utk periksa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb sll dalam kelas, dia sgt helpful.

      well, i cannot blame her because she is only 4 years old.

      She is so lovely and cute.

      http://inijojomerah.blogspot.com/

      Delete