Showing posts with label Fashion Style. Show all posts
Showing posts with label Fashion Style. Show all posts

Thursday, 13 December 2012

VK4U- Cermin Mata yang unik, Sales Assistant yang baik

Walaupun keluarga saya memang mempunyai satu keunikan:
99% daripada keluarga bapa saya memakai cermin mata,

orang yang meninggalkan memori yang paling penting ialah Anastacia dengan cermin matanya yang unik. Dialah yang menyebabkan saya mahu memakai cermin mata, walaupun saya tidak ada rabun, dulu.


She  is Anastacia.

Mungkin, inilah 'harta yang berharga' dalam keluarga kita. 9/10 daripada generasi kita memakai cermin mata sebelum mencecah umur 18 tahun.

Masalah mengenai 'orang yang memakai cermin mata':
1. Kadang-kala, kita berasa susah untuk memilih cermin mata yang bukan taste kita.
2. Pening kepala sekiranya kita menukar lens yang telah mengubah eyesight power kita.
3. Saya akan terlupa cermin mata saya, padahal saya sedang memakainya.

Tetapi, saya berasa amat bersyukur kerana terdapat kedai cermin mata VK4U atau dikenali sebagai We Care For You.

Sebagai seorang pelanggan selama 10 tahun, saya masih suka mengunjungi kedai itu kerana...

My new cermin mata. Luaran dan dalaman tidak sama pattern.

VK4U mempunyai pelbagai jenis cermin mata yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat. 
Pekerja-pekerja di Vk4U selalu senyum dan sangat peramah. Mereka bercakap dengan baik.


Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang cara menurunkan eyesight power seperti:
1. Kita digalakkan melihat barang yang berwarna hijau selain daripada pokok.
2. Kebanyakan rumah mengecat dindingnya hijau untuk kebaikan mata.


They care for their customers:)
Oh yes, I love my new cermin mata.


Saya membeli cermin mata saya di:
VK4U Eyecare Optometrist Sdn. Bhd
 No.79, Jalan Batu Berendam Putra,
Taman BBP,
75350 Melaka.




Tuesday, 11 December 2012

At last, saya beli bag baru yang berharga RM31!


Guess what!? Guess what?!
Saya telah berjaya membeli beg baru pada minggu lepas.

Berjaya?
Berjaya kerana saya telah menjumpai beg yang sesuai dengan kehendak dan keinginan saya setelah tidak membeli beg untuk masa yang lama. Selalunya, saya bawa 2nd-hand beg daripada kakak dan aunties saya.  Mereka sangat murah hati.

Kenapa beg ini awesome?
Saya mahu cari beg yang boleh saya carry macam beg sekolah. Sales Assistant di kedai itu baik. Dengan ada bantuan mak saya, mereka telah memperkenalkan beg ini kepada saya.

Beg ini macam 'multitask beg'. 
Kalau mood saya mahu pakai casual, beg ini sesuai dengan casual mood. Kalau mood saya mahu pakai formal sikit, beg ini boleh pegang macam laptop bag.


Saya amat bersyukur kerana beg ini berharga RM31. Bajet saya memang kurang daripada RM35 jikalau mahu beli beg.

Saya beli beg ini di AEON Bandaraya Melaka.