Wednesday 5 December 2012

Mama Muda: Umur cuma nombor

Semalam saya baca blog BeautifulNara, saya berasa gembira kerana artis Malaysia yang popular: Diana Danielle sudah mengandung!

Walaupun Diana Danielle baru berumur 21 tahun, saya percaya dia akan menjalankan tugasnya sebagai 'Mama' dengan baik. Orang selalu cakap 'Age is just a number'.

Diana Danielle dan Farid Kamil
Diana mesti akan mendapat cahaya mata yang comel tidak kira anak perempuan atau lelaki kerana dia sangat lawa.

Tambahan pula, suaminya, Farid Kamil mempunyai muka yang macam Cina. Wah, tak sabar nk tengok anaknya pada tahun depan.

Nurul Wahab, suami dan anak tunggalnya
Seorang lagi artis Malaysia yang popular, Nurul Wahab juga merupakan ibu yang muda. Namun, dia juga membesarkan anak yang comel dan baik.

Saya berasa gembira kerana Nurul telah berjumpa dengan insan yang baik yang dapat memberi kebahagiaan kepada Nurul dan anak perempuannya.


Menjadi ibu di usia muda bukan masalah besar,
janji ibu di dunia sayang akan anak-anaknya.


1 comment: